Eh ummi tak kata ummi nak stop blogging, cuma ummi kata ummi tak dapat nak hasilkan idea2 baru untuk bag, sebab nak menyiapkan order. Malam tadi ingatkan nak full swing, aleh aleh kul 9:30 dah terlelap atas katil anak. uhuuu uhuuu.. mau nangis rasa, bag tak siap lagi. You know that perasaan masa you study dulu, you kata nak cover 3 chapters satu malam, aleh2 tertidur and the next morning terjaga rasa, alahai ruginya masa. Lebihkurang macam tulah.
Ermm ada hikmahnya juga ummi terlelap dalam bilik diaorang ni. At least ummi tau apa diaorang buat. Malam tadi mereka sudah kantoi. Disebabkan kekantoian mereka, undang-undang baru terpaksa dilaksanakan. I may sound cruel but it's for their own benefit too. Their exams are just around the corner and diaorang boleh relax lagi and ummi dia yang banyak gelabah. Ummi kan dah lalui semua ini, jadi ummi tak naklah mereka pun membuat kesilapan yang ummi dah buat masa ummi sekolah dulu.
Semenjak ummi busy buka kedai semula, nampaknya anak2 ummi pun dah leka dan dah naik lemak. Dia tau ummi dia duduk bertapa kat dalam bilik menjahit, so the living room and their room are heaven to them. Ummi cuma akan menjenguk seminit dua untuk tenguk apa diaorang buat, study ke, melayan gitar ke, tenguk tv ke. Dalam 2 minggu ini, banyak tugasan2 yang dijadualkan tak terlaksana. Mungkin sebab ummi terlalu concentrate pada sewing jadi mereka pun leka. Banyak tugasan ummi dah ambil semula sebab ummi nak diaorang concentrate pada studies and tak mahu diaorang ni penat buat keje rumah. Alah kerja rumah pun apalah sangat, bukannya masak pun. Cuma vacum seminggu sekali and basuh baju kemeja sekolah dengan tangan, lipat kain dan angkat kain, masak air dan masak nasi. Biasalah kan, bila tugasan tak dilaksanakan that will drive me up the wall. Once ummi dah panjat dinding, akan berlakulah bedilan peluru.
Semasa ambil report card banyak yang dah dibincangkan dengan cikgu dan juga anak2 ummi, especially yang sekolah menengah. Bila discuss dengan cikgu, kan diaorang ada kat sebelah. Jadi apa yang ummi dan cikgu cakap sepatutnya masuk ke dalam minda mereka. 5 hari dah berlalu tapi masih belum ada perubahan, maka ummi akan membuat perubahan drastik untuk kebaikan mereka juga.
Atas sebab musabab yang munasabah, I have imposed a new regulations at home. Sedia?
- By 7pm, semua dah kena siap mandi and prepare untuk solat maghrib.
- Selesai solat, semua akan makan bersama di meja makan.
- By 8 - 8:15 semua dah siap makan dan dapur dah bersih. Air mati and thermos mesti dah siap di-isi air.
- Untuk yang tuition malam tu kena siapkan meja dan terus bersedia menunggu cikgu.
- Tuition start at 8:30 untuk yang ada tuition, yang tak ada tuition kena start ulangkaji pelajaran di living or dining area. Tak boleh lagi duduk dalam bilik, sebab mereka akan leka dengan hp.
- Pukul 8:30 semua hp diserahkan pada ummi dan akan dipulangkan semula hanya pada pukul 11pm. Ini disebabkan ummi perasan banyak berbalas2 sms, dengar lagu dari hp daripada concentrate pada studies. Benda2 ni semua melekakan mereka. Ini rule baru.
- System merit akan berkuatkuasa mulai hari ini. Untuk permulaan, merit mereka ialah 100 point. Merit ini akan menurun dan menaik mengikut tugasan yang diberikan. Cikgu tutor juga akan menyumbangkan tugasan kepada system merit ini. Ini rule baru jugak.
Cun tak? Biarlah orang nak kata kejam ke apa. Ummi tau kekurangan dan kelebihan anak2 ummi. Sebenarnya semua diatas dah memang mereka buat semenjak bibik tak ada, cuma semenjak cuti sekolah baru-baru ini, masing2 dah ambil ringan. Semua dah leka dan lalai. Ummi harap mereka lebih berdisplin.
On a happier note. Ermmm yang atas tu ditulis masa my ummi tengah hot sebenarnya. Abang's result sebenarnya was good, mostly kat border line. Cikgu kata boleh push sikit lagi untuk score A. Dan yang dapat B tu pun, study malam sebelum exam. Insyallah kalau dia buat revision lebih awal, ummi rasa dia boleh score. Yang pasti vitamin M banyak sangat ni. I just dont want him to menyesal kemudian.
Itulah dia luahan hati seorang ibu. Nasib baik ada blog ek.. kalau tak, ada yang meletop dah kut...hehehe